Paroi Kito Jago
Beradat, Muafakat, Berkat


Ikuti Hj Kamarol Ridzuan dalam memperjuangkan kesejahteraan Paroi dalam Pilihanraya Negeri Sembilan 2026 bagi DUN Paroi

Calon N25 DUN Paroi
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau

Kenali Hj Kamarol Ridzuan

Siapakah Hj Kamarol Ridzuan?

YB Tuan Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain (Pak Kam) dilahirkan di Kampung Air Sekapas Sepri, Rembau, dan kini menetap di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Paroi bagi penggal ke-15 yang mempunyai rekod khidmat cemerlang, termasuk mengemukakan 20 soalan lisan/bertulis serta membahaskan 21 isu rakyat di parlimen negeri.

Dengan latar belakang akademik sebagai pemegang Executive Master dalam bidang Keselamatan, Kesihatan, dan Persekitaran dari UNISEL, Pak Kam adalah seorang pakar keselamatan industri yang diiktiraf (SHO-DOSH, NIOSH, HRDCORP).

Sebelum menceburi arena politik sepenuh masa, beliau membina reputasi korporat yang kukuh melebihi 25 tahun sebagai Pengurus Kesihatan & Keselamatan di syarikat multinasional seperti CABOT (M) Sdn Bhd serta projek-prejek gergasi Sime Darby dan SP Setia.

Kegiatan Masyarakat

Sepanjang tempoh berkhidmat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi di bawah pimpinan YB Hj Kamarol Ridzuan telah menguruskan

1,473 Kes
Sumbangan lebih RM 114,855

Urusan Bantuan Kebajikan &
Sara Hidup

RM60,624

Program Ziarah Prihatin

RM54,231

Pengurusan Aduan & Tindakan Geoteknikal/Infrastruktur

33 Kes

Urusan Sokongan Pentadbiran

139 Kes

Isu-Isu

Mari bersama cakna dan berganding bahu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat DUN Paroi

Isu Geoteknikal & Keselamatan Penduduk

Mengendalikan secara langsung kes keselamatan kritikal melibatkan pelan mitigasi tanah mendap, baik pulih cerun runtuh dan pencemaran udara.
Vokal membawa isu kesesakan lalu lintas melibatkan kenderaan berat dan laluan baru Senawang.
Menyuarakan isu anjing liar di dalam empat daripada lima sidang Dewan, sehingga membawa kepada peruntukan khas RM324,000 daripada kerajaan negeri untuk menangani isu ini.

Pengurusan Infrastruktur Awam

Memantau, menyelaras, dan menyegerakan proses aduan bencana tempatan serta memastikan penyelenggaraan prasarana awam bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan lancar demi keselesaan warga Paroi.
Membangkitkan berulang kali di sidang DUN isu jalan rosak dan pokok tinggi berisiko tumbang di Jalan Paroi-Senawang dan Persiaran Senawang 2, serta di kawasan Seremban Jaya, Ampangan dan Senawang

Kebajikan Ekonomi Mikro

Mengatasi tekanan kos sara hidup harian penduduk melalui agihan lebih 1,280 pek barangan dapur dan menyalurkan bantuan kewangan lebih RM114,855 untuk keluarga asnaf serta rakyat Paroi yang memerlukan.
Mencadangkan kajian semula dan langkah intervensi bagi menghidupkan semula kemudahan MyKiosk yang terbengkalai, gerai Arked Senawang yang sunyi pengunjung dan isu sewa tapak bazar Ramadan yang terlalu tinggi.

Sokongan Fasiliti Kesihatan

Menguruskan aduan dan kebajikan pesakit kronik melalui siri Ziarah Prihatin bersama Doktor sukarelawan serta menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan barangan kesihatan seperti katil pesakit dan kerusi roda bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Urus Tadbir & Integriti

Membawa tuntutan kecekapan tadbir urus yang bersih dan bebas rasuah ke peringkat persidangan, selari dengan perjuangan memperkasakan ekosistem PBT serta mengoptimumkan penggunaan teknologi digital untuk kemudahan rakyat.

Lima fokus.
Satu amanah.
Demi Paroi yang lebih baik.

Tawaran Perikatan Nasional

Sebagai kepimpinan utama Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Hj Kamarol Ridzuan komited untuk merealisasikan Manifesto Perikatan Nasional Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan dengan 14 Tawaran Tambahan

Pentadbiran

Pembangunan dashboard Pelaksanaan Manifesto Negeri Sembilan.

Penambahbaikan Sistem Pengurusan & Pentadbiran Masjid yang mesra kariah.

Belia dan Keluarga

Penyediaan Rumah Transit Belia untuk graduan dan pasangan baru berkahwin.

Perlaksanaan program Pemerkasaan Keluarga Mawaddah.

Ekonomi

Penerokaan dan pembangunan Pelan Ekonomi Biru Negeri Sembilan.

Penaiktarafan infrastruktur sokongan industri gas dan minyak.

Pembangunan pakej pelaburan baharu dalam sektor mineral kritikal, semikonduktor, aeroangkasa, EV, logistik dan ekonomi digital.

Kebajikan

Pemberian bantuan Prihatin Rakyat dengan sasaran keluarga B40 dan M40 berkomitmen tinggi serta berpendapatan rendah.

Penyaluran dana sokongan khas kebajikan & hal ehwal bukan Islam.

Pendidikan

Penaiktarafan Kolej Yayasan NS (KYNS) yang berteraskan TVET, pendidikan gunaan (applied education), penyelidikan industri dan inovasi.

Pemberian Bantuan Persijilan Profesional untuk graduan Negeri Sembilan.

Pemerkasaan Sekretariat TVET Negeri dengan Program Tahfiz TVET.

Pekerjaan

Penubuhan Negeri Sembilan Talent Corporation (NTC) sebagai pusat pembangunan bakat dan kepakaran masa depan dalam bidang Al, teknologi hijau, semikonduktor, keselamatan siber, ekonomi digital dan automasi termaju.

Penubuhan Pusat Padanan Pekerjaan Negeri Sembilan untuk sektor pelancongan & industri terkini.

Tawaran N25 Paroi

Hubungi Kami


Maklumat Hubungan

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi

46, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

E-mel

Hantar mesej anda pada borang di bawah

Telefon

019-660 4828

Ikuti Kami

Scroll to Top